Saturday, November 14, 2015

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. . Kata Ganti Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:

  • Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • Kata Ganti Nama Diri Kedua
  • Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
  1. Saya  : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
  2. Aku   : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.
  3. Beta  : digunakan oleh raja.
  4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.
  5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
  6. Kita   : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang diajak bercakap.


Kata Ganti Nama Diri Kedua
  1. Anda   : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau pertemuan.
  2. Awak  : digunakan untuk bercakap dengan kawan.
  3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya, digunakan untuk   membahasakan Tuhan semasa berdoa.
  4. Kamu  : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang yang lebih muda.
  5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada orang yang bercakap atau lebih daripada seorang. 
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
  1. Dia/Ia    : digunakan untuk orang biasa.
  2. Beliau   : digunakan untuk orang yang terhormat.
  3. Baginda : digunakan untuk raja.
  4. Mereka  : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada seorang.
JOM TONTON VIDEO INI :


LATIHAN KATA GANTI DIRI

Baca dialog di bawah dengan intonasi yang betul  :




Tulis kata kata ganti nama yang sesuai berdasarkan ayat di bawah :

  1. Setiap hari ____________ pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
  2. Ali dan Abu berkawan baik .__________ selalu pergi ke sekolah bersama-sama.
  3. Ayah Ahmad seorang peguam. ________ seorang yang berdisiplin dan tegas.
  4. "Bilakah _________ hendak pergi ke luar negara ? ". tanya Siti kepada Akmal.
  5. Setiap petang Muaz, Raju , Kim Ling dan Jason berlatih bermain badminton di sekolah. __________ akan mewakili sekolah peringkat kebangsaa,




Friday, November 6, 2015

KATA ADJEKTIF



KATA ADJEKTIF
  • Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.
  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


LATIHAN KATA ADJEKTIF

        

KATA HUBUNG

KATA HUBUNG


  • ialah perkataan yang menghubungkan atau menyambungkan  dua ayat tunggal atau lebih dua ayat tunggal.
  • Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

PENGUKUHAN LAGI.....JOM TONTON VIDEO INI........


LATIHAN KATA HUBUNG
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.


              sementara     sambil      tetapi      lalu      sejak
 

1.   Syakifik  berdiri ___________menjawab  soalan yang   diberikan    oleh  Cikgu   Anita .

2.   Ibu mencedok sup  ___________abang membungkus   nasi ayam.

3.   Wanda  mandi ___________ menyanyi di   dalam          bilik air.

4.   Najihah  suka makan ayam goreng _____________     dia tidak suka makan sayur.

5.  Lily sangat sedih __________ kucing kesayangannya  dilanggar oleh lori.









KATA NAMA KHAS

KATA NAMA KHAS
  • Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut : nama oranghaiwanbendainstitusiundang-undangbangsabahasapangkat, dan seumpamanya.
  • Terbahagi kepada dua iaitu bernyawa dan tidak bernyawa
  • Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Kenal pasti perkataan kata nama khas, kemudian betulkanperkataan tersebut.Pada pagi sabtu yang lalu, saya sempat berbincan...

Kata Ganti NamaDiri   Kata Ganti Nama   TanyaKata Ganti NamaTunjuk Kata Ganti Nama Tempat
.   


PENGUKUHAN LAGI....JOM TONTON VIDEO INI....




LATIHAN KATA NAMA KHAS

Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat di bawah.
Contoh :  Mahmood suka membaca buku novel .
     
  1. Encik Ali  sedang mencuci kereta baharunya bersama anaknya.

  1. Adik saya baru berpindah tempat kerjanya dari Putrajaya ke Sabah .
  2. Ibu membeli sepasang kasut Bata untuk saya.
  3. Binatang kesayangan saya bernama Si Putih dan Si Hitam.
  4. Makanan di Restoran Mukmin  sungguh sedap





KATA NAMA AM

KATA NAMA AM 

  • Kata nama am ialah perkataan yang merujuk bendaperkarahaiwan,tempat,tumbuhan dan manusiasecara umum. 
  • Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.


PENGUKUHAN LAGI....JOM TONTON VIDEO INI....



BERNYAWA




TIDAK BERNYAWA


LATIHAN KATA NAMA AM

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Buaya ialah seekor              __________ yang pintar.
   A orang       B haiwan      C makhluk     D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Sijangkang  gemar bersawah    ___________.
   A kelapa      B bunga       C getah           D padi

3 Banyak makan __________ akan mengakibatkan kencing manis.
   A hati          B ubat           C gula            D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh      para pelancong.
   A Batik       B Dodol        C Kompang    D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik          perhatian saya.
   A Lukisan   B Masakan    C Pakaian      D Tarian