Saturday, November 14, 2015

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. . Kata Ganti Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:

  • Kata Ganti Nama Diri Pertama
  • Kata Ganti Nama Diri Kedua
  • Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
  1. Saya  : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
  2. Aku   : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.
  3. Beta  : digunakan oleh raja.
  4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.
  5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
  6. Kita   : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang diajak bercakap.


Kata Ganti Nama Diri Kedua
  1. Anda   : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau pertemuan.
  2. Awak  : digunakan untuk bercakap dengan kawan.
  3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya, digunakan untuk   membahasakan Tuhan semasa berdoa.
  4. Kamu  : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang yang lebih muda.
  5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada orang yang bercakap atau lebih daripada seorang. 
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
  1. Dia/Ia    : digunakan untuk orang biasa.
  2. Beliau   : digunakan untuk orang yang terhormat.
  3. Baginda : digunakan untuk raja.
  4. Mereka  : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada seorang.
JOM TONTON VIDEO INI :


LATIHAN KATA GANTI DIRI

Baca dialog di bawah dengan intonasi yang betul  :




Tulis kata kata ganti nama yang sesuai berdasarkan ayat di bawah :

  1. Setiap hari ____________ pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
  2. Ali dan Abu berkawan baik .__________ selalu pergi ke sekolah bersama-sama.
  3. Ayah Ahmad seorang peguam. ________ seorang yang berdisiplin dan tegas.
  4. "Bilakah _________ hendak pergi ke luar negara ? ". tanya Siti kepada Akmal.
  5. Setiap petang Muaz, Raju , Kim Ling dan Jason berlatih bermain badminton di sekolah. __________ akan mewakili sekolah peringkat kebangsaa,




3 comments: